Perbualan Bahasa Inggeris Asas

Tahap pembelajaran bermula dari Darjah 3 hingga ke Darjah 6. Sesuai untuk pekerja pejabat / perkerja-pekerja kolar biru dan juga mereka yang ingin bertutur dalam Bahasa Ingggeris. Juga untuk orang-orang yang telah berhenti sekolah pertengahan dalam kehidupan mereka. Sesuai juga untuk pelajar sekolah rendah hingga ke menengah. Kaedah pembelajaran kebanyakannya melibatkan perbualan sesama sendiri dan tidak ketinggalan, tatabahasa, supaya anda dapat memahami dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih.
Borang Enrolmen

Course 1 - BASIC ENGLISH CONVERSATION (VIDEO)Course 1 - BASIC ENGLISH CONVERSATION (AUDIO)Course 2 - INTERMEDIATE ENGLISH CONVERSATION (AUDIO)Course 3 - GENERAL ENGLISH COURSE (AUDIO)

Kursus-kursus kami

SIJIL

Kami menjangkakan tempoh selama enam bulan sehingga setahun bagi para pelajar kami untuk menguasai Kursus 1 atau 2, dengan syarat bahawa pelajar tersebut dapat memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 1 jam sehari terhadap pelajaran. Kursus 3 lazimnya mengambil masa yang lebih lama untuk dikuasai, memandangkan tatabahasa sememangnya memakan masa sebelum dapat dikuasai sepenuhya. Selepas enam bulan mengikuti kursus kami, anda dialu-alukan untuk menulis surat kepada kami dalam Bahasa Inggeris, ceritakan kepada kami tentang peningkatan anda dari segi perbualan dan penulisan dalam bahasa ini. Kami akan anugerahkan sijil yang dicetak cantik untuk kegunaan masa depan anda.

PENCARIAN RAKAN KONGSI

Sekiranya terdapat korporat atau individu yang mahu menjadi rakan kongsi kami dalam bisnes ini atau mahu membeli Hak Harta Intelektual kami di seluruh dunia, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami. Atau sila maklumkan melalui: bestbook8@gmail.com memberikan maklumat latar belakang syarikat anda. Satu-satunya kriteria yang diperlukan adalah anda mesti stabil dari segi kewangan. Di pihak kami, kami akan mengambil kira mana-mana dan semua permohonan yang memenuhi kriteria di atas.