Sekiranya terdapat korporat atau individu yang mahu menjadi rakan kongsi kami dalam bisnes ini atau mahu membeli Hak Harta Intelektual kami di seluruh dunia, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami. Atau sila maklumkan melalui: bestbook8@gmail.com memberikan maklumat latar belakang syarikat anda. Satu-satunya kriteria yang diperlukan adalah anda mesti stabil dari segi kewangan. Di pihak kami, kami akan mengambil kira mana-mana dan semua permohonan yang memenuhi kriteria di atas.

Baru-baru ini kami telah melakukan satu kajian berkenaan potensi pasaran bisnes seperti kami dalam beberapa negara. Kami mendapati bahawa negara-negara berkenaan menawarkan peluang kejayaan yang terbaik jika kami dapat memperkenalkan kursus-kursus kami atau menawarkan semua bahan pembelajaran kami berasaskan web, 100% atas talian.

Pasaran-pasaran yang berkenaan adalah seperti berikut:

Kesemua Negara-negara Arab yang terdiri daripada kira-kira 400 juta orang, UAE kelihatan sebagai tempat yang paling sesuai untuk kami meletakkan pangkalan kami meliputi Negara-negara Arab.

Jepun, Korea Selatan, India, Indonesia, Vietnam dan beberapa negara di Asia-Pasifik, beberapa negara yang bertutur dalam bahasa Sepanyol dan juga beberapa negara Eropah. Kami telah bermula di pasaran India baru-baru ini yang memiliki potensi sebanyak 450 juta populasi pelajar peringkat rendah, menengah dan kolej. Kami mempunyai laman web sendiri di India dalam 5 bahasa-bahasa utama India Selatan yang meliputi antara 600 hingga 700 juta penduduk.

Sebagai pengajar, matlamat kami adalah untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Inggeris kepada orang ramai di seluruh dunia. Untuk mencapai tujuan ini, kami memerlukan sokongan individu-individu yang mempunyai minda yang tidak terbatas hanya kepada melihat bisnes kami sekadar satu peluang bahkan turut melihatnya sebagai alat untuk menggalakkan penguasaan Bahasa Inggeris. Kami menjemput anda menjadi rakan kongsi kami jika anda memiliki keghairahan untuk pendidikan.

Kenapa melabur di dalam kursus Bahasa Inggeris kami?

Reka bentuk kursus Bahasa Inggeris kami adalah hasil daripada kajian yang mengambil masa bertahun-tahun dan usaha yang intensif. Setiap kursus- Asas (Basic), Sederhana (Intermediate) dan Umum (General)/ Bahasa Inggeris Bisnes (Business English)– dikategorikan mengikut kategori pelajar-pelajar yang spesifik. Bergantung kepada tahap kemahiran yang mahu dikuasai pelajar, kami mempunyai penyelesaian yang bersesuaian. Sebagai rakan kongsi kami, anda boleh memasarkan kursus-kursus kami berasaskan ketinggian kualitinya dan pendekatan berfokus.

Selain kesemua pembelajaran Bahasa Inggeris bercetak, kami boleh menterjemahkan kursus-kursus Bahasa Inggeris kami ke dalam mana-mana dan semua bahasa utama pertuturan dan penulisan dalam mana-mana negara untuk melibatkan seluruh populasi.

Kursus-kursus kami juga sesuai diajarkan di dalam bilik darjah dengan kelengkapan AV di samping ia boleh digunakan sebagai kursus untuk dipelajari sendiri.

Satu peluang sedang menunggu anda

Sebagai bahasa yang bersifat sejagat, Bahasa Inggeris menyentuh semua sfera kehidupan, dan orang yang mahu meningkatkan kemahiran Bahasa Inggerisnya atau yang mahu belajar daripada awal akan sentiasa ada. Kursus kami membolehkan anda untuk memulakan usaha niaga jualan terus, sasaran penonton anda adalah rumah-rumah, sekolah-sekolah, pejabat-pejabat dan kilang-kilang sebagai contoh. Atau anda boleh tekankan kursus Bahasa Inggeris kami kepada potensi e-commerce dalam bahagian anda di dunia.

Kami akan membantu anda sepanjang perjalanan, berkongsi kepakaran kami tentang bagaimana anda boleh menjalankan kursus-kursus kami dengan berjaya dalam mana-mana bahagian dalam dunia. Sekiranya anda berminat, sila maklumkan kepada kami dengan yakin di:

bestbook8@gmail.com
englishcourses@gmail.com